Anugerah & Sakit; Kurniaan Tuhan

Sempena PPMSI, Artikel ini ditulis dalam bahasa Malaysia. Saya sangat menghormati Bahasa Malaysia (dan Bahasa Inggeris saya penuh kecacatan) tapi sedikit kecewa apabila PPMSI akan dimansuhkan.

Alhamdulillah, hanya itu kalam Allah yang saya mampu ucapkan setiap kali menyambut kelahiran anak-anak saya.
SubhanaAllah, sangat sempurna ciptaan Allah ini, dalam hati asyik terucap “masih sayang Allah pada aku walaupun dosaku tak tertanggung”. Percayalah..seperti yang mak selalu cakap “bersalin seperti pertarungan antara hidup atau mati”. Ingin saya berkongsi pengalaman sedikit di sini.

Kandungan pertama
Keguguran sewaktu usianya hampir 12 minggu..Saya tumpah darah beberapa hari selepas D&C dibuat.. Tiada kesakitan tetapi trauma dengan jumlah darah. Allah lebih menyayangi nya.. Mungkin ayah & ibu nya belum bersedia pada waktu itu.


Muhammad Haziq Nazri
Kesakitan sewaktu proses kelahiran memang agak sukar digambarkan. Setiap satu proses yang saya tempuhi sangat berbeza. Muhammad Haziq lahir melalui pembedahan kerana progres yang lambat setelah puas bertarung dengan kesakitan. Doktor pesan saya harus diet untuk kelahiran akan datang kerana saiz pelvic yang kecil.


Nazurah Nazri
Nazurah merupakan kelahiran normal saya yang pertama, Ya Allah..masih terkedu teringat kesakitan yang ditempuhi. Doktor cakap “biarkan ibunya berehat, dia terkejut tu sebab first time bersalin normal” apabila nurse tersenyum melihat muka saya yang terkujat-kujat dan ‘speechless’ seketika.


Muhammad Hazim Nazri
Muhammad Hazim, lahir awal dari jangkaanya, Alhamdulillah…dia sihat walaupun saiznya agak kecil berbanding abang & kakak nye. (Niatnya ke hospital hanya mahu mengambil cuti sakit-mc) tapi ditahan doctor kerana dilation/bukaan 6cm!). Tanpa pengetahuan doctor, saya curi-curi keluar dari hospital dan pulang ke rumah (jaraknya cuma one traffic light away!). Saya masih sempat mandi, basuh rambut, solat dzuhur dan solat sunat, makan masakan emak dan minum air milo. Sebelum bertolak, saya mencium dan mendakap mak serta anak-anak saya, Haziq dan Nazurah. Aduh! Syahdu nya tak terkata…sedihnya tak terhingga. Saya memohon ampun satu persatu dari ahli keluarga terutama suami (terima kasih ayah kerana mendoakan dan mengampunkan ibu). Saya membuat panggilan pada ibu & bapa mertua dan kemudian menghantar sms memohon ampun & meminta abang2, kakak ipar dan sahabat2 baik mendoakan keselamatan saya.

Setibanya di labor room (selepas kena lecture dengan nurse sebab they were expecting me by noon tapi hampir pukul 4 baru sampai) saya masih sempat ber ‘facebook’ dan sms. Dilation (bukaan) dah hampir 8cm, air ketuban sudah pecah tapi belum terasa sakit. Macam tak sabar rasanye.. (salah satu cara Allah mengazab ahli maksiat di Padang Mahsyar nanti ialah dengan membiarkan mereka menunggu..wallahualam)
“Perbuatan menunggu itu secebis dari azab”, kata pepatah Arab

Suami sudah mula membacakan ayat-ayat suci dan bacaan Yasin apabila contraction semakin kuat.. Sayu hati ini. Takut-takut ianya akan menjadi kali terakhir saya dapat mendengar kalam Allah darinya. Rasa sayang saya pada suami, iaitu ayah pada anak-anak saya memang tahap maksima pada waktu itu(Ayah; sekarang pun I sayang sangat kat you!)

Setelah sakit (lebih kurang 15 minit sakit yang amat sangat-terima kasih Ya Allah, atas kemudahan proses bersalin ku ini) saya berkata dalam hati, ahlan wa sahlan anak ibu ! (masa tu namanya masih belum diberi!)
Seperti kelahiran yang lain, suami mengazankan zuriatnya, kalimah yang membesar dan mengagungkan Allah menjadi santapan telinga pertama buat anak-anak.

Hingga kini, walaupun saya selalu jatuh sakit (terutama migraine & gastric) satu-satunya sakit yang paling sakit pernah ditanggung adalah sakit bersalin(bayangkan sakit takala sakaratul maut?). Saya menerima hakikat Allah swt memberi kesakitan sebagai ingatan dan seperti kata hadis, ianya menghapuskan dosa2 kecil (Allahuakbar!). Saya pernah cemburu dengan mereka yang tidak pernah bercuti sakit.. tetapi bila mengingatkan nikmat Allah. “Ya Allah, malunya aku… ampunilah aku, sesungguhnya aku bersyukur atas segala kurniamu”
Terima kasih ya Allah atas nikmat mu yang tak terhingga. Syukur Alhamdulillah.

Jika diizinkan Allah tahun 2011 teringin nak tambah ahli keluarga lagi :)

p/s: Ahlan Wa Sahlan buat Nur Aina; puteri Nurul & Aziz yang pertama. Untuk Latina, Mimi dan Hanis; kakak mendoakan semoga dipermudahkan kelahiran yang akan datang ini.

Comments

Shahrul Ghani said…
Very emotional reading to me. thanks for sharing the experience. we went through the same phase during our first pregnancy. sad, however life goes on.

alhamdulillah & syukur with what i have right now...

(maaf sbb, tak tulis dlm bahasa melayu.tapi saya rasa saya lebih jujur kalau ckp dlm bahasa English.)
--iffil-- said…
congratulations nana!
Huslina said…
Shah: When it is written in BM jadi macam heavy, penuh emosi + a bit 'jiwang' kan?

Iffil: I must say congrats & thanks to you & Sara instead for endless thoughts & for having lil' Mariam.

Popular posts from this blog

T@lentcorp-mari pulang ke Malaysia saudara, saudari

Celebrating Achievements at 50: A Journey of Resilience, Self-Care, and Countless Blessings

In Loving Memory of Mama.. a cool garang MIL